Mudahnya Berniaga Tudung Musim Raya Ni!
Musim perayaan bakal menjelma tidak lama lagi iaitu dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Kebanyakan daripada surirumah dan peniaga tegar online memilih untuk mencari peluang berniaga pada musim perayaan ini. Perkara wajib yang perlu ada pada setiap orang sempena musim perayaan ialah pakaian baru iaitu baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki.
Tidak kurang juga yang ingin mengambil peluang berniaga kuih dan biskut raya. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah perniagaan yang paling mudah di musim perayaan ialah menjual tudung. Ramai wanita di luar sana memilih untuk menggayakan tudung yang terkini dan "uptodate" untuk dikenakan dengan baju kurung atau baju kebaya. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes menjual tudung, terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira termasuklah modal, pasaran, pembekal, harga dan kualiti.
CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN TUDUNG
Berdasarkan statistik, rakyat Malaysia yang terdiri daripada wanita ialah 65% berbanding lelaki dan 45% adalah wanita dalam usia 25-35 tahun. Ini menunjukkan pasaran untuk wanita adalah meluas dan berpotensi untuk berkembang maju. Kebiasaannya individu yang memulakan perniagaan menjual tudung akan memulakan bisnes mereka pada musim perayaan. Ini adalah kerana pasaran pada masa ini adalah luas dan mudah untuk ditembusi. Dengan hanya bermodalkan sedikit wang dan smartphone atau laptop, individu tersebut boleh menjana keuntungan hasil daripada bisnes menjual tudung.
JENIS PERNIAGAAN YANG PALING LAKU DAN LARIS IALAH SHAWL!!!
Mengapa individu lebih suka memilih bisnes menjual shawl berbanding tudung jenis lain. Ini telah dibuktikan oleh hasil pencarian online kebanyakan wanita berminat untuk membeli shawl yang menarik perhatian mereka. Peniaga online yang terdiri daripada surirumah sepatutnya mengambil peluang keemasan ini untuk mencuba bisnes menjual shawl hanya dari rumah. Jangan risau tentang persaingan daripada bisnes yang sedia ada, sambutan untuk shawl adalah banyak dan memang menjadi kegilaan wanita untuk bergaya. Wanita tidak akan berhenti untuk membeli tudung yang mereka minati kerana setiap tudung memang ada nilainya tersendiri. Jadi, tidak hairanlah jika wanita mempunyai pelbagai jenis tudung mengikut saiz, warna dan kualiti yang berbeza kerana setiap tudung mempunyai tarikan yang tersendiri.
BAGAIMANA NAK MULAKAN BISNES TUDUNG ONLINE?
perkara yang paling utama di dalam menjalankan bisnes online ialah minat dan kesungguhan. Sekiranya tiada minat dalam bisnes, sudah tentulah perniagaan akan menemui kegagalan. Hanya individu yang mempunyai minat yang mendalam sahaja mampu untuk bangkit semula apabila menemui kegagalan. Sikap tidak berputus asa juga perlu ada dalam diri individu yang ingin berniaga.
Perkara lain yang perlu diambilkira ialah produk apa yang ingin dijual. Kos untuk menghasilkan satu tudung juga perlu diambilkira. Sama ada mahu menjahit sendiri ataupun membeli tudung yang telah siap dari pembekal. Sekiranya mahu menjahit sendiri pastikan kita ada kemahiran untuk menjahit tudung dan kreatif dalam menggayakan tudung. Sekiranya kita mahu mengambil dari pembekal, pastikan harga yang ditawarkan adalah berbaloi untuk dibeli dan dijual semula dengan margin keuntungan yang tinggi. Jadi, cara yang terbaik ialah dengan memilih dan membeli kain sendiri seterusnya menghantar kepada tukang jahit dengan rekaan dari kita.
BAGAIMANA NAK MENGIKLANKAN TUDUNG?
Setelah memilih produk yang ingin dipasarkan, kita perlu memikirkan cara untuk mengiklankan produk tersebut. Disebabkan kita menjalankan perniagaan tudung/shawl secara online, terdapat beberapa medium sesuai yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk.
Facebook- Jika selama ini anda menggunakan Facebook hanya untuk berkongsi status atau gambar terbaru, apa kata kali ini anda gunakan Facebook untuk membuat promosi tentang produk tudung/shawl yang anda ingin jual. Hal ini lebih mudah kerana anda sudah mempunyai rakan yang sedia ada di Facebook dan tidak perlu susah-susah lagi untuk mencari pelanggan.
Instagram/Twitter- Sama seperti Facebook, gunakan media sosial ini untuk mempromosikan perniagaan anda. Tapi, harus diingat, jangan melakukan promosi secara berlebihan seperti ‘tag’ atau komen tentang perniagaan anda di gambar/page yang tidak sepatutnya hingga mengganggu privasi rakan-rakan anda.
Iklan di web pengiklanan- Anda boleh mengiklankan perniagaan anda di website iklan sedia ada seperti mudah.my atau majalah.com. Bukan sahaja tidak melibatkan kos, malah jaringan pelanggan juga lebih luas dan ini merupakan peluang terbaik untuk memulakan perniagaan anda!
Blog- Jika anda menggunakan blog untuk mempromosikan produk tudung/shawl, anda mempunyai kawalan terhadap blog anda sendiri. Namun, anda perlu memastikan yang blog anda menarik dan mempunyai nama yang senang untuk diingat. Kemudian, jangan lupa untuk sertakan ‘link’ ke blog anda di semua media sosial yang anda ada untuk tujuan promosi. Pastinya sangat membantu!

SENARAI PERNIAGAAN TUDUNGB / SHAWL ONLINE POPULAR DI PASARAN
Radiusite- Bermula dengan perniagaan secara online, kini Radiusite meluaskan empayarnya dengan memiliki butiknya sendiri di Bangi. Rekaan tudungnya bukan sahaja segar dan unik, malah dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Kini Radiusite melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi penaja untuk beberapa artis dan drama tempatan.
Al-Humaira Contemporary- Bukan sahaja menjual pelbagai jenis tudung/shawl daripada pelbagai fabric, syarikat ini kini tampil dengan koleksi jubah menawan sesuai untuk hijabista yang gemarkan rekaan yang elegan dan eksklusif. Jika malas mahu bersesak-sesak di butik, pelanggan boleh memilih untuk membeli secara online sahaja di website syarikat mereka. Layanan yang bakal anda terima tentunya tidak mengecewakan kerana mereka bukan sahaja menawarkan koleksi yang menarik malah memberikan servis yang terbaik kepada para pelanggannya.
TIP MUDAH
Bagi menarik perhatian pelanggan, anda perlu ‘upload’ gambar yang cantik dan menarik beserta dengan maklumat yang berkaitan tentang tudung/shawl anda. Hal ini akan membantu pelanggan untuk terus membuat pembelian. Jika tiada maklumat yang disertakan bersama gambar yang dimuat naik, pelanggan akan menghadapi masalah dalam membuat pilihan dan seterusnya membantutkan niat mereka untuk membeli tudung/shawl anda. Nak tau cara tangkap gambar yang cantik dan menarik untuk iklan tudung anda?Klik Sini
Comments
Post a Comment